Pengalaman Asasi UIAM Gambang

Keputusan UPU dapat Asasi UIAM? Jom baca pengalaman aku di UIAM Gambang!

    Salam semua so harini aku akan bercerita tentang Foundation CFS IIUM atau dalam Bahasa Melayu, Asasi UIAM. Actually ni adalah first blog content aku, jadi maaf kalau tak best sangat baca coretan aku ni hehe. Okay anyway let's continue..... Apa yang akan aku ceritakan ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian, so mudah untuk korang semua faham:

  1. Mahallah (Asrama)
  2. APT dan EPT
  3. Pembelajaran
  4. Kemudahan 
  5. Pengangkutan

p/s: sorry geng takde gambar nak share, aku tulis ni time aku dah masuk degree dekat Gombak.

1. Mahallah (Asrama)

    Di UIA ni, asrama atau hostel dipanggil sebagai mahallah. Bahasa Arab untuk asrama la kot, entah, aku pun tak tahu haha. Semua pelajar akan tinggal di mahallah-mahallah yang disediakan oleh pihak CFS IIUM. Lelaki ada 2 mahallah, manakala perempuan ada 5 kot (tak ingat, sorry hehe). 
    Since aku ialah seorang lelaki, so aku cerita lebih sikit pasal mahallah lelaki untuk bahagian ni. So, ada dua mahallah lelaki iaitu Mahallah Zahrawi dan Mahallah Biruni. Kafe lelaki ada satu jer, terletak diantara Biruni dan Zahrawi, so agak ramai la sikit waktu lunch and diner. Kompleks mahallah perempuan pula ada lebih dari satu kafe, so tak perlu risau pasal ramai orang waktu lunch.
    Sebilik akan ada 4 orang penginap. Setiap orang akan dapat katil, meja study dan loker masing-masing. Antara kemudahan yang ada dekat mahallah ialah; dobi layan diri, vending machine, study room, kedai runcit dan surau.
    Oh last sekali, setiap mahallah ada Mahallah Representative Committee (MRC), so kalau ada yang nak terlibat dalam kokokurikulum, nak cari pengalaman, etc, boleh la apply jawatan dalam MRC.

2. APT dan EPT

    Mesti anda pernah dengar pasal APT dan EPT ni kan? Okay kalau belum pernah, aku akan ceritakan sikit. APT ialah Arabic Placement Test manakala EPT ialah English Placement Test. Sebelum start semester 1, dalam minggu orientasi (UIA panggil taaruf week or tawe), setiap pelajar wajib mengambil kedua-dua ujian tersebut (first test). Tujuannya adalah untuk menentukan samaada pelajar perlu atau tidak perlu mengambil subjek Arabic dan English untuk semester 1. 
     Setiap courses ada required band yang berbeza. Sebagai contoh, aku ialah pelajar engineering (ENGIN), band untuk lepas APT ialah Band 2, manakala untuk EPT ialah Band 6. Jika anda melepasi required band APT dan EPT untuk first test dalam minggu orientasi tersebut, anda tidak perlu mengambil subjek Arabic dan English sepanjang pembelajaran di CFS. 
    Bagi mereka yang (terpaksa) mengambil subjek tersebut, setiap semester akan ada final exam untuk menentukan pelajar perlu repeat subjek tersebut atau tidak.
    Hehe, aku tak capai required band untuk first APT dan EPT tu. Sem 1 aku ambil Arabic dan English. English aku tak lepas lagi time final exam sem 1 tu, so sem 3 aku ambil lagi dan akhirnya aku lulus. Jadual sangat pack kalau anda ambil English dan Arabic ni, so better study betul-betul dan pastikan lulus APT dan EPT awal-awal.
    Oh last sekali, rasanya thanks to this EPT, pelajar asasi UIAM tak perlu mengambil ujian MUET sebelum masuk degree di Gombak, Kuantan atau Pagoh. (Rasanyala... kalau kena ambil MUET tak tahulah tu, aku tak ambil dan aku sedang degree dekat Gombak).

3. Pembelajaran

    Well, semua orang tahu lain courses lain subjek yang diambil. Untuk ENGIN, pelajar akan belajar Maths 1,2 & 3, Physics 1&2, Chemistry 1&2, Programming, ICT, lab Chem & Phy, Islamic Revealed Knowledge(IRK) dan Islam and Other Religions (IOR). 
    Dalam week 1 sem1 macam tu, anda dibenarkan untuk memohon tukar course. Asasi UIAM ni sangat specific, so kalau anda tiba-tiba nak ubah cita-cita better tukar course terus. Sebagai contoh, walaupun pelajar-pelajar ENGIN dan Physical Sciences belajar subjek-subjek yang sama sahaja (as of 19/20), tapi selepas grad foundation, pelajar Physical Sciences tidak dibenarkan mengambil degree engineering. ENGIN pun sama, tidak dibenarkan mengambil degree physical sciences.
    Asasi UIAM ialah Program Asasi Satu Tahun, jadi tempoh pembelajaran asasi hanyalah satu tahun sahaja. Satu tahun mengandungi 3 semester kesemuanya. Semester 2 merupakan short sem, dimana tempoh semester 2 adalah separuh daripada tempoh semester 1 dan 3 (long sem). 
    Lastly, semua orang tahu, kalau anda fail sesuatu subjek, anda perlu repeat subjek tersebut next sem. Kalau tidak berjaya lulus semua subjek dalam masa 3 sem, anda perlu extend sem belajar dengan junior pula, hehe, lambat la sikit start degree.  

4. Kemudahan

    Antara kemudahan yang ada dekat CFS IIUM Gambang ialah:-
  1. Surau di setiap blok-blok bangunan.
  2. Kedai gunting rambut.
  3. Kedai alat tulis.
  4. Library.
  5. Food truck depan library setiap hari Rabu.
  6. He & She Cafe
  7. Kedai makan depan library.
  8. Masjid.
  9. ATM.
  10. Klinik.
  11. Stadium (ada astaka, trek dan padang).
  12. Futsal courts.
  13. Tennis courts.
  14. Basketball courts.
  15. Netball courts.  
    Ada lagi kot yang aku tak ingat, tapi takpe nanti dah masuk CFS tu anda explore la. Yang aku cerita tu based on 2019/2020. Kalau ada yang kurang like tiba-tiba tahun 2022 takde kedai gunting, tu aku tak tahu la.

5. Pengangkutan

    CFS IIUM tidak membenarkan pelajar-pelajar untuk membawa kenderaan seperti kereta dan motorsikal. Namun begitu, basikal adalah dibenarkan untuk dibawa. Tapi, tak ramai bawa basikal, majoriti jalan kaki pergi kelas dan masjid. Agak penat juga la. Masjid dekat pintu pagar depan, asrama lelaki hujung dekat belakang hahaha. 
    Outing biasanya akan menggunakan bas Rapid Kuantan, Grab dan MyCar. Waktu aku belajar dekat sana dulu, Grab tak dibenarkan masuk dalam. Jadi, perlulah jalan kaki tunggu depan gate. 
    Bas Rapid Kuantan dibenarkan masuk, so boleh tunggu dekat any bus stops dalam CFS tu. Tapi, pagi biasanya ramai tunggu dekat gate, jadi kalau pagi better tunggu dekat gate tu. KMPH dekat jer  dengan CFS ni and diorang ramai juga outing setiap weekend. Tapi jangan risau, Rapid akan ambil orang dekat CFS dulu hahaha. Biasanya bas penuh dan padat, so kalau nasib tak elok, berdiri la sampai Kuantan.
    Bas Rapid yang pergi ke CFS tu laluannya ialah "Gambang Waterpark-Kuantan". So, kalau nak pergi Teluk Chempedak atau tempat lain, mula-mula pergi ke Kuantan menggunakan bas Rapid tu, kemudian kena order Grab/naik bas Rapid lain ke destinasi dikehendaki.
    Oh akhir sekali, anda juga boleh sewa kereta dari pihak luar. Ada owners hantar kereta ke depan gate, ada juga kita kena ambil kereta dekat owners sendiri.     

Penutup

    So, aku rasa cukuplah tu penulisan aku tentang CFS IIUM ni. Kalau ada nak tanya apa-apa boleh komen dekat bawah. Goodluck kepada mereka yang bakal meneruskan pembelajaran di CFS IIUM. ✌



     



Comments